FACEBOOK EMAIL SHOPEE INSTAGRAM

COSMODERMCARE

  • Home
  • About
  • Contact
  • Policy
    • Return Policy
  • Faq Session
  • Produk
    • Tea Tree Oil
    • Category
    • Category
  • Advertise
FAQ SESSION | ADAKAH PRODUK COSMODERM MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA? | Assalammualaikum wbt. Fuhhhh ~ Serious sungguh faq session kali ni. Hehehe. Kalau Nurul pun, memang akan jadi serious kalau dah berkait dengan benda gini.



FAQ SESSION | ADAKAH PRODUK COSMODERM MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA?

Sekarang ni cakap je pasal skincare dan bodycare, bersepah-sepah dekat luar sana. Dengan pelbagai packaging dan warna. Dengan pelbagai bau dan tesktur. Sampaikan kita sebagai pengguna pun dah tak tahu nak pilih macam mana.

Lagi-lagi untuk para wanita. Wanita sinonim dengan kecantikan. Bila berkaitan dengan kecantikan ni, berlumba-lumba kita nak dapatkan produk yang tengah viral tu. Semata-mata untuk cantik.


Tapi ! 

Kita sampai terlupa nak siasat dulu produk yang kita nak pakai. Adakah ianya selamat digunakan. Adakah ianya tak ada bahan kimia yang berbahaya. Haaaa. Korang sebagai pengguna kena selidik serba serbi sedikit ye. Jangan sampai kita tertipu dengan produk yang ada dekat luar sana. Karang breakout, kita yang merana. Founder dan seller dekat luar bukan kesah pun ! 


Okay, ramai yang tanya cosmoderm ni produk macam mana? Produk yang ada bahan kimia berbahaya tak? Hehehe. Aip-aip. Ni Nurul nak explain ni. In Sha Allah, Nurul akan explain apa yang korang nak tahu ye. Kena bijak buat pilihan tau lepas ni.

Cosmoderm sentiasa bangga dengan menggunakan bahan semulajadi dan selalu dikenali sebagai perintis dalam pembangunan, perumusan dan jualan produk yang kaya dengan bahan-bahan dari bahan semulajadi.

Perkataan bahan semulajadi dan kimia bebas dalam insudtri penjagaan kulit dan penjagaan badan sentiasa disalah tafsir oleh pengguna. Walaupun ramuan itu berasal dari alam semula jadi, ia tidak bermakna sifatnya adalah semula jadi dan bebas kimia. Haaaa. Kena ingat ni ye. Untuk genereal knowledge.

Kebanyakan ekstrak tumbuhan mengandungi sebatian kimia. Jadi, sebatian kimia yang tak berbahaya ni lah yang dicari oleh pengguna.


Nak cari produk kulit dan badan pada zaman sekarang ni memang payah. Nurul faham tu. Cumanya kita sebagai pengguna kena alert dan hati-hati ye. Apa yang Nurul tulis ni berdasarkan pemahaman dan pengalaman Nurul. In Sha Allah, korang takkan tertipu dengan produk-produk yang viral sekarang ni.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
FAQ SESSION | BERAPA LAMA PENGHANTARAN SELEPAS BUAT PEMBAYARAN? | Assalammualaikum wbt. Ok, kembali lagi kita dengan sesi faq session kali ni ye. 

Faq session kali ni sangat simple. Tapi disebabkan ramai customer yang tanya, Nurul explain dekat sini je ye. Mana yang korang tak faham, boleh terus je direct contact Nurul ^^


FAQ SESSION | BERAPA LAMA PENGHANTARAN SELEPAS BUAT PEMBAYARAN?

Sistem order Nurul tak ada melalui website atau apa ye. Customer boleh drop order melalui facebook, instagram, shopee dan whatsapp sahaja. Ini memudahkan korang untuk ada apa-apa nak tanya soalan, just ajukan je soalan tu dekat Nurul. Mudah kan?

Cumanya, ramai yang tertanya berapa lama penghantaran selepas bayaran dibuat? Hehehe. Sabar satttt ~ Ni Nurul explain bagi tak ada sesiapa yang keliru ye.


Selepas pembayaran dibuat, proses penghantaran akan ambil masa 3 hari bekerja sahaja. Bukan hari bekerja pun sebenarnya. Sabtu ahad pun Nurul bantai proses order korang. Hehehe. Nampak tak sayang customer tak mau barang korang sampai lambat. Sebab Nurul faham perasaan seksanya tunggu cosmoderm kesayangan ni sampai ke pangkuan. Hehehe.

Tapi, Nurul tak gerenti semua order akan sampai tepat pada waktunya ye. Sebab korang pun faham kan, barang guna courier. Memang take time sikit nak sampai. Tapi tak apa, In Sha Allah semua barang customer-customer Nurul akan sampai tepat pada waktunya.


Sebelum purchase order, pastikan korang tanya stock dekat Nurul dulu ye. Risau tak memasal habis stock pula, kesian korang kena tunggu lagi.


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
SET KAWALAN MINYAK TEA TREE OIL COSMODERM | Assalammualaikum wbt. Hokayyy, pasti ramai yang excited kan nak tahu apa produk cosmoderm ni. Hehehe. Dan paling bestnya, produk cosmoderm ni ada untuk set tau ! Memang lengkap lah keperluan skincare korang tu.

Entri kali ni Nurul akan share dengan korang keperluan untuk set kawalan minyak tea tree oil cosmoderm ni ye. Stay tune ~



SET KAWALAN MINYAK TEA TREE OIL COSMODERM

  • Sesuai untuk kulit berminyak.

LANGKAH PENGGUNAAN

Langkah 1 : Bersih

Tea tree oil facial cleanser membantu korang membersihkan minyak, debu, pori tersumbat dan kawal minyak untuk kurangkan jerawat.

Haaaa. Memang sesuai sangat lah pada sesiapa yang ada masalah breakout selepas penggunaan skincare lama.


Lankah 2 : Detox

Tea tree oil purifying mask membantu untuk membersihkan pori tersumbat, mengeringkan jerawat dan menyerap minyak yang berlebihan ke seluruh muka. Biarkan mask tu selama 15 hingga 20 minit. Korang cuma gunakan mask ni seminggu 2-3 kali je ye.


Langkah 3 : Segar

Tea tree oil clarifying toning lotion membantu untuk merawat jerawat, membersih bakteria dan lebihan minyak dekat muka korang yang merimaskan tu. Sapukan ke seluruh muka dengan menggunakan kapas yang bersih !

Ini penting. Jangan korang tibai pakai kapas yang dah berhabuk ye. Makin teruk muka tu nanti.


Langkah 4 : Rawat

Tea tree oil control serum membantu membersihkan pori tersumbat, mengawal pengeluaran minyak dan mengurangkan jerawat. Sapu ke atas seluruh muka dua kali sehari.


Langkah 5 : Lembap

Tea tree oil day and night moisturizer adalah pelembap ringan yang sesuai untuk kulit berminyak serta bertindak sebagai tabir suria. So, tak ada lah masalah sunburn lagi lepas ni. Hehehe. Korang bebas buat aktiviti outdoor kegemaran korang.


Tu lah dia kegunaan untuk set kawalan minyak. Ini merupakan info je ye. Mana tahu korang tengah dok mengodek google untuk cari info. Ni haaa info lengkap untuk korang. Hehehe. Then, mesti lah nak tahu harga kan? Jeng jeng jeng ~




Harga asal : RM113.50

Harga set hanya untuk korang : RM95.00 (exclude postage)



PEMBELIAN BOLEH DIBUAT MELALUI :-

WHATSAPP : 017-357 5871 (NURUL)

FACEBOOK : https://www.facebook.com/cosmodermcare/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/cosmodermcare/




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
FAQ SESSION | DEKAT MANA BOLEH DAPAT PRODUK COSMODERM ? | Assalammualaikum wbt. Untuk yang baru pertama kali nak guna cosmoderm ni, mungkin keliru dekat mana boleh dapatkan produk cosmoderm ni kan?


Yeahhhh ! Sebelum tu nak ucapkan tahniah kerana awak yang berada di sini membuat pilihan yang bijak untuk memilih skincare dan bodycare yang selamat. Memandangkan sekarang ni kemain banyak lagi skincare yang bersepah dekat luar sana. Tinggal kita je yang kena pandai pilih.

Tapi ingat ye, jangan sesekali korang gunakan skincare yang boleh buatkan kulit muka korang breakout teruk ! Ramai customer Nurul yang datang dekat Nurul bagitahu muka breakout lepas guna skincare lama. Takpe, Nurul pun pernah alami isu sama macam korang. So, tak perlu risau untuk pulihkan balik.

Yang penting, kena ada usaha dan sabar ye. Kalau malas-malas tu, Nurul tak tahu la nak cakap macam mana. Hehehe.


FAQ SESSION

Dekat mana boleh dapat produk cosmoderm? Alaaa, jawapan senang je awokkk. Hehehe. Nurul kan agent cosmoderm. Jadi, korang boleh dapatkan dekat Nurul. Dan Nurul pun ada COD untuk yang berada di sekitar puchong ye.

"Macam mana nak beli dekat luar?"


Okay, yang itu korang boleh beli di farmasi yang terdekat. Tapi kena ingat ye, bukan semua ada dekat farmasi. Tapi dengan Nurul, semua rangkaian produk cosmoderm ada. Melainkan dah sold out la ye. hehehe.

Dan, pembelian dengan Nurul, korang akan dapat free consultation. Fuhhh ~ Consultation ni sangat penting untuk produk kecantikan ye. Jangan pakai tibai je guna. Karang salah guna, korang juga yang merana. Lepas tu mula lah nak menyalahkan produk. Jangan k. Consultation tu penting. Sebab itu lah pentingnya pembelian dengan agent. Membolehkan korang buat rujukan kalau korang tak tahu apa-apa. Tapi free consultation tu akan diberi selepas korang buat pembelian ye.


So, dah tahu kan nak dapatkan cosmoderm dekat mana? Selamat menjadi pengguna setia cosmoderm ! ^^



Share
Tweet
Pin
Share
No comments


RETURN POLICY

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera pengguna cosmoderm semua. Alhamdulillah. Website rasmi bagi cosmodermcare sudah siap sepenuhnya untuk rujukan ramai. Tapi ada beberapa polisi untuk pasa pengguna ikut ye. Alaaaa, tak susah pun. Hehehe.


1. Nurul tidak menerima pertukaran untuk item yang sudah dijual.

2. Semua item telah mengalami pemeriksaan kualiti standard yang tinggi dan Nurul menganggap tiada sebarang kelemahan serius dalam produk cosmoderm. Nurul hanya akan menerima pulangan bagi produk yang rosak dalam tempoh 7 hari selepas penerimaan sahaja.

3. Untuk pemulangan item, sila hubungi Nurul 017-357 5871 atau boleh je pm mana-mana sosial media Nurul untuk Nurul get back dekat korang.

4. Tiada pembayaran balik yang dibenarkan. Pembeli akan bertanggungjawab ke atas apa-apa pos pulangan yang ditanggung.



Okay, sekian sahaja return policy rasmi cosmodermcare. Semoga tiada sebarang kemusykilan lagi ye lepas ni.




Share
Tweet
Pin
Share
No comments

COSMODERMCARE

COSMODERMCARE

AGENT COSMODERM

Merupakan agent sah cosmoderm. Setiap pembelian akan disertakan dengan free consultation.

Sebarang pertanyaan boleh direct Nurul :-

Email : syahirahvaliant@gmail.com
Whatsapp : 017 357 5871

Followers

Blog Archive

  • ▼  2018 (5)
    • ▼  November 2018 (5)
      • FAQ SESSION | ADAKAH PRODUK COSMODERM MENGGUNAKAN ...
      • FAQ SESSION | BERAPA LAMA PENGHANTARAN SELEPAS BUA...
      • SET KAWALAN MINYAK TEA TREE OIL COSMODERM
      • FAQ SESSION | DEKAT MANA BOLEH DAPAT PRODUK COSMOD...
      • RETURN POLICY

Labels

FAQ SESSION POLICY TEA TREE OIL

recent posts

Sponsor

Created with by BeautyTemplates