FAQ SESSION | ADAKAH PRODUK COSMODERM MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA?

by - November 08, 2018

FAQ SESSION | ADAKAH PRODUK COSMODERM MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA? | Assalammualaikum wbt. Fuhhhh ~ Serious sungguh faq session kali ni. Hehehe. Kalau Nurul pun, memang akan jadi serious kalau dah berkait dengan benda gini.



FAQ SESSION | ADAKAH PRODUK COSMODERM MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA?

Sekarang ni cakap je pasal skincare dan bodycare, bersepah-sepah dekat luar sana. Dengan pelbagai packaging dan warna. Dengan pelbagai bau dan tesktur. Sampaikan kita sebagai pengguna pun dah tak tahu nak pilih macam mana.

Lagi-lagi untuk para wanita. Wanita sinonim dengan kecantikan. Bila berkaitan dengan kecantikan ni, berlumba-lumba kita nak dapatkan produk yang tengah viral tu. Semata-mata untuk cantik.


Tapi ! 

Kita sampai terlupa nak siasat dulu produk yang kita nak pakai. Adakah ianya selamat digunakan. Adakah ianya tak ada bahan kimia yang berbahaya. Haaaa. Korang sebagai pengguna kena selidik serba serbi sedikit ye. Jangan sampai kita tertipu dengan produk yang ada dekat luar sana. Karang breakout, kita yang merana. Founder dan seller dekat luar bukan kesah pun ! 


Okay, ramai yang tanya cosmoderm ni produk macam mana? Produk yang ada bahan kimia berbahaya tak? Hehehe. Aip-aip. Ni Nurul nak explain ni. In Sha Allah, Nurul akan explain apa yang korang nak tahu ye. Kena bijak buat pilihan tau lepas ni.

Cosmoderm sentiasa bangga dengan menggunakan bahan semulajadi dan selalu dikenali sebagai perintis dalam pembangunan, perumusan dan jualan produk yang kaya dengan bahan-bahan dari bahan semulajadi.

Perkataan bahan semulajadi dan kimia bebas dalam insudtri penjagaan kulit dan penjagaan badan sentiasa disalah tafsir oleh pengguna. Walaupun ramuan itu berasal dari alam semula jadi, ia tidak bermakna sifatnya adalah semula jadi dan bebas kimia. Haaaa. Kena ingat ni ye. Untuk genereal knowledge.

Kebanyakan ekstrak tumbuhan mengandungi sebatian kimia. Jadi, sebatian kimia yang tak berbahaya ni lah yang dicari oleh pengguna.


Nak cari produk kulit dan badan pada zaman sekarang ni memang payah. Nurul faham tu. Cumanya kita sebagai pengguna kena alert dan hati-hati ye. Apa yang Nurul tulis ni berdasarkan pemahaman dan pengalaman Nurul. In Sha Allah, korang takkan tertipu dengan produk-produk yang viral sekarang ni.



You May Also Like

0 comments